Peraturan Piala Belia Malaysia 2024

Had umur

Piala Belia 2024 ialah persaingan bola sepak amatur dalam Malaysia untuk pemain di bawah-19. Sejak penubuhannya pada 2008, Piala Belia telah menjadi kejohanan utama untuk pemain bawah 19 tahun. Pada 2009 hingga 2011, pertandingan itu digabungkan dengan Piala Presiden. Pada tahun 2015 format pertandingan telah ditukar kepada format liga.[1]

Pada edisi 2024, format kejohanan Piala Belia telah diubah memjadi kejohanan pemain di bawah-18.[2]

Format

Kejohanan dimainkan seperti berikut:[3]

  • Peringkat kumpulan: 18 pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. Pasukan akan bermain perlawanan di tempat sendiri dan tempat lawan dengan pasukan lain dalam kumpulan masing-masing. Empat pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati.
  • Peringkat kalah mati: Perlawanan suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir akan berlangsung secara timbal balik.